Kelas Asas Microsoft Office Word
11 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas asas Microsoft Office Word untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara menaip dan membuat karangan menggunakan Microsoft Word. Para peserta diajar memasukkan watermark, page border dan menggunakan drop cap. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang.
Selain itu turut diadakan tayangan video KDB iaitu penipuan kewangan bagi memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahaya menggunakan perkhidmatan perbankan secara atas talian jika tidak berhati-hati. Kelas dihadiri oleh 10 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 7 -15 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: